Sunday, 13 October 2013

Geran RM1000 Percuma Untuk Usahawan Online


GERAN RM1000 PERCUMA UNTUK USAHAWAN ONLINE OLEH SKMM

Peluang untuk anda memperolehi geran percuma RM1000 dari peruntukan bajet 2013 sebanyak RM50juta. Ambil peluang sementara masih ada.. Tawaran terhad dengan syarat yang mudah dan semuanya boleh dibuat secara online.

GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE -GMBO

SOALAN LAZIM (FAQs) GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE

Apakah itu Get Malaysian Business Online?
Get Malaysian Business Online ialah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.
     
Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?
Syarat-syarat permohonan:
  • Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita (Lelaki pun masih boleh memohon);
  • Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  • Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  • Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar (celcom broadband, maxis, streamyx, unifi dsb) atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  • Akaun bank tempatan atas nama usahawan (Akaun peribadi) /perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  • Keutamaan kepada usahawan mikro - jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Bilakah saya boleh mula memohon?
Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi.
     
Bagaimana cara untuk saya memohon?
Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di http://gmbo.skmm.gov.my atau di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan.
     
Maklumat lanjut berkenaan GMBO layari:- http://gmbo.skmm.gov.my/

Permohonan online: http://gmbo.skmm.gov.my/Public/Daftar

Sebelum anda boleh memohon. anda perlu ada website dengan domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my). Anda tidak perlu risau, langgan perkhidmatan website dari kami dengan harga serendah RM600. Sila rujuk di bahagian Web Portal/CMS Package  sini untuk maklumat lanjut.
Azam Web Developer

Mendapat kelulusan dalam bidang IT. Berpengalaman dalam membina blog, laman web untuk syarikat swasta dan jabatan-jabatan kerajaan

No comments:

Post a Comment